AKU TANYA APA KHABAR.....SEMUA?

Saturday, January 31, 2015

Assalammualaikum , selamat sejahtera dan hye! kepada gadis-gadis dan jejaka-jejaka di sana , di sini dan di situ . hahaha By the way this my first post and sebelum ni saya tak pernah buat blogger , disebabkan assigment baru saya kenal apa itu 'BLOGGER' . hahaha Nampak macam kampong kan . okey , saya nak  berkongsi dengan anda-anda semua tentang tips hubungan (Relationship tips ) .


                                                        ( FUNNY BABY COUPLE )

HUBUNGAN JARAK JAUH





Pertama tips hubungan untuk hubungan yang jarak jauh , setia perkara yang amat memerlukan dalam relationship bukan hanya jauh dekat pun kalau tak setia mana boleh kekal sampai jannah kononnya . hahaha . Setia ini teramat pnting dalam hubungan dan mesti digali , ditanam , disiram dalam diri macam pokok pulak kan . hehe . Tak kisah lah samaada orang itu sudah berkawin ataupun belum . Budak-budak sekolah pun dah pandai nak bercinta-cintun ni kan inikan kita ni ha . haha

Selain daripada itu , percaya pun penting juga selalu kita dengar apa guna bercinta kalau tidak percaya dalam hubungan itu . Kepercayaan adalah asas terutama dalam perhubungan yang ingin kekal bersama pasangan . Jadi, percayalah pada kekasih atau suami atau isteri anda tatkala berjauhan tetapi jangan mempercayainya 100% letakkan sedikit atau secubit atau secukup rasa untuk kekecewaan jika takdir itu tidak menyebelahi kita supaya kita tidak frust menonggeng nanti . hehe

Tips seterusnya , kerap berhubung sudah semestinya jika berjauhan itu semestinya menyakitkan, namun rindu yang ada ketika berjauhan pastinya buatkan hubungan lebih kekal lama jika saling merindui satu sama lain . Malahan sekarang ini dunia serba canggih dengan teknologi yang membangun untuk melepaskan rindu yang terperap macam jeruk tu seperti facebook , whatApp , jika rindu jugak boleh buat video call seperti wechat , Skype dan macam-macam lagi lah teknologi sekarang ni  . So keraplah berhubung kerana ia tidak akan membuatkan anda rasa kesunyian dan kerinduan .

Seterusnya doa , kepada yang belum kawin berdoalah supaya hubungan anda berkekalan hingga ke jinjang pelamin seperti yang diidamkan walaupun berjauhan. Namun, jika takdir tidak menyebelahi, terima ia sebagai takdir Tuhan untuk memberi petunjuk yang ada yang lebih baik dari si dia. Manakala yang sudah berkahwin pula, semestinya anda perlu kekal berdoa agar si dia yang jauh sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan yang sudah sah itu bahagia berkekalan hingga ke syurga.


Tips yang terakhir dalam hubungan jarak jauh ialah beri kejutan kepada pasangan.  Tidak salah untuk anda yang duduk berjauhan untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan hadiah kepada orang yang disayang. Apabila berjauhan itu, mungkin anda ingin kirimkan tanda sayang dan rindu kepada si dia agar kekal ingat kepada anda dengan membuat penghantaran bunga, hadiah atau sebagainya yang buat hubungan anda romantis dengan si dia.