Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang
di pandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal
semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai
dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah
kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan
terpikat.
Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia.
Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya
makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya.
Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya.
Cara ketiga : Jangan cepat menyerah.
Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah
kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia
sedikit berusaha untuk memikat anda.
Cara keempat : Jadi pendengar yang setia.
Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita.
Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan
menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang
baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia.

