AKU TANYA APA KHABAR.....SEMUA?

Sunday, March 8, 2015

CINTA YANG PENTING


ALLAH S.W.T. & Nabi Muhammad S.A.W
- Cinta adalah fitrah hati 
Lahir tanpa dipinta dan dipaksa
 Namun Tuhan sentiasa menguji 
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya
 Cintailah yang di hati Itu cinta hakiki yang murni 
Jangan cinta hanya nafsu Itu cinta palsu yang melulu
 Betapa bahagianya cintakan Tuhan
 Bagai bunga yang mewangi kehidupan
 Tiada waktu dan jarak memisah
 Kembara rasa tak bernoktah
 Betapa derita korban percintaan
 Bila nafsu menjadi taruhan 
Jiwa gelisah bila terpisah 
Asyik bertemu jemu bertamu 
Cintailah sesiapa sahaja 
 Asal wadahnya cinta ALLAH 
Jauh terhubung rindu
 Dekat terikat padu 






IBU BAPA
-Seterusnya mencintai kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita dari kita kecil hingga ke besar . Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan terbalas .Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan. 

Sunday, March 1, 2015

CINTA PALSU


1. Menunjukkan kemesraan di depan umum


Cinta adalah emosi pribadi yang tidak perlu ditampilkan di depan orang lain. Namun, jika pasangan berpikir bahwa pandangan orang lain sangatlah penting tentang hubungan mereka, itulah tanda sebuah hubungan dilandasi oleh cinta palsu.


2. Tidak pernah berdiskusi secara serius


Sebuah hubungan yang dilandasi cinta yang nyata selalu dihiasi dengan diskusi serius dan perdebatan antara pasangan. Setiap orang tentu memiliki sudut pandang yang berbeda. Tetapi, jika apa yang diskusikan dengan pasangan hanya sebatas penampilan dan hal-hal sepele lainnya, itu tanda bahwa hubungan Anda dilandasi cinta palsu.


3. Apakah Anda mengenal satu sama lain?


Apakah Anda tahu apa film favorit pasangan Anda? Atau hal lain seputar apa yang tidak disukainya atau sangat disukainya. Jika tidak, Anda mungkin tidak benar-benar tahu siapa dia dan sedang menjalani cinta palsu.


4. Bersama, tetapi selalu mengajak teman


Pasangan yang tidak pernah menghabiskan waktu mereka hanya berdua kemungkinan besar sedang berada dalam hubungan palsu. Cinta nyata membuat pasangan selalu ingin bersama dengan menghabiskan waktu hanya berdua saja.


5. Dekat, tetapi selalu merasa jauh


Anda merasa jauh, meski sedang berada di dekat pasangan? Jika Anda merasakannya sepanjang waktu, itu berarti bahwa Anda tidak benar-benar menjalin hubungan nyata dengannya, melainkan sebuah hubungan yang dilandasi kepalsuan.



Sunday, February 22, 2015

Memikat lelaki dengan pantas


Cara pertama: Kecantikan.
Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.
Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia.
Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya.
Cara ketiga : Jangan cepat menyerah.
Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda.
 Cara keempat : Jadi pendengar yang setia.

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia.

Sunday, February 15, 2015

CARA NAK PIKAT PEREMPUAN

Sebagai seorang perempuan lah kan saya lebih suka lelaki yang pandai jaga penampilan contoh mcm mat perang tu . SMART jek kan, SEGAK gitu. hahaha
Sebelum kaum adam kat lua tu nak goda perempuan cuba dress up , hensem2 , kacak bak kata org tgk boleh meleleh air liur bak hang . haha . macam Aaron aziz tu .

Yang nombor duo ea , pandai jadi diri sendri , jgn lah dok tgk artis kpop dah mcm kpop gaya ko . tgk Aaron aziz dlm cito OMBAK RINDU dah nak jadi abg tough hero melaya plak . hahaha .

 Then , pandai berkomunikasi dgn awex . Kalau pendiam sgt den pon menyampah .hahaha Yang ponting den raso kat sini ,pandai ambil berat . Baru lah awex rasa dihargai . tapI AWAS kpd yg suka MENGONGKONG . perempuan akan katakan TIDAK kpd lelaki yg suka mengongkong k .

Seterusnyo kalau boleh cubo2 lah belajar sikit jadi mcm johan ke zizan ke supaya awex kita xbosan lah dok serious memanjang dongan ekau . haha Lagi satu den nak nasihat , xpyah nk jadi HAJI BAKHIL sgt ea kalau dgn awex tu .

Saturday, February 7, 2015

AMBIL HATI LELAKI



Dalam perhubungan, bukan wanita saja yang ingin dengar kata-kata pujian atau sokongan. Kaum lelaki juga mahu dihargai dan perlukan kata-kata semangat untuk berasa diri mereka penting dan pasangan mengambil berat mengenai diri mereka.
EH! cadangkan beberapa ayat manis yang boleh anda ucapkan untuk buat si dia lebih sayang dan boleh jatuh cinta sekali lagi dengan anda!

I hormat you
– mungkin agak kuno tetapi dengan ayat yang mudah itu dia akan rasa amat dihargai. Jika wanita mahu disayangi, lelaki pula mahu dihormati. Mereka mudah terasa jika merasakan mereka tidak dihormati dan cukup dengan berikan kata-kata itu boleh buat dia gembira.

You kacak hari ni”
– dia pasangan kamu jadi tidak salah kamu lemparkan sedikit pujian untuk ambil hatinya terutama apabila si dia bersusah payah gosok baju, menggaya rambut dan berwangi-wangian.

“Terima kasih”
– dalam bahasa apa sekalipun, apa saja tindakan ringkas seperti tuangkan air jangan lupa berterima kasih. Cari beberapa lagi kebaikan yang si dia lakukan dalam sehari dan ambil peluang ucapkan terima kasih.

“Saya percayakan awak”
– kunci perhubungan adalah komunikasi jadi dalam melalui suka duka bersama ucapkan ayat ini sebagai tanda anda mengharapkan perlindungan si dia dalam pelbagai situasi.

“Saya di sisi awak”
– si dia juga perlu tahu anda bersedia untuk jadi individu yang dia boleh bersandar kala saat sukar.

“Saya mendengar”
– cara lelaki berdepan dengan masalah tidak sama dengan wanita, jadi usah marakkan amarahnya sebaliknya pinjamkan telinga dan dengan apa yang ingin si dia luahkan.

Sorry sayang”
– tidak salah untuk ucapkan maaf dahulu daripada membiarkan situasi lebih teruk. Dia bukannya musuh dan anda harus mengalah jika sekadar bertekak nak makan luar di mana!

I bangga dengan you
– tahap pencapaian penting bagi lelaki jadi mereka mahukan perakuan anda bahawa dia telah melakukan yang terbaik.

Saturday, January 31, 2015

Assalammualaikum , selamat sejahtera dan hye! kepada gadis-gadis dan jejaka-jejaka di sana , di sini dan di situ . hahaha By the way this my first post and sebelum ni saya tak pernah buat blogger , disebabkan assigment baru saya kenal apa itu 'BLOGGER' . hahaha Nampak macam kampong kan . okey , saya nak  berkongsi dengan anda-anda semua tentang tips hubungan (Relationship tips ) .


                                                        ( FUNNY BABY COUPLE )

HUBUNGAN JARAK JAUH





Pertama tips hubungan untuk hubungan yang jarak jauh , setia perkara yang amat memerlukan dalam relationship bukan hanya jauh dekat pun kalau tak setia mana boleh kekal sampai jannah kononnya . hahaha . Setia ini teramat pnting dalam hubungan dan mesti digali , ditanam , disiram dalam diri macam pokok pulak kan . hehe . Tak kisah lah samaada orang itu sudah berkawin ataupun belum . Budak-budak sekolah pun dah pandai nak bercinta-cintun ni kan inikan kita ni ha . haha

Selain daripada itu , percaya pun penting juga selalu kita dengar apa guna bercinta kalau tidak percaya dalam hubungan itu . Kepercayaan adalah asas terutama dalam perhubungan yang ingin kekal bersama pasangan . Jadi, percayalah pada kekasih atau suami atau isteri anda tatkala berjauhan tetapi jangan mempercayainya 100% letakkan sedikit atau secubit atau secukup rasa untuk kekecewaan jika takdir itu tidak menyebelahi kita supaya kita tidak frust menonggeng nanti . hehe

Tips seterusnya , kerap berhubung sudah semestinya jika berjauhan itu semestinya menyakitkan, namun rindu yang ada ketika berjauhan pastinya buatkan hubungan lebih kekal lama jika saling merindui satu sama lain . Malahan sekarang ini dunia serba canggih dengan teknologi yang membangun untuk melepaskan rindu yang terperap macam jeruk tu seperti facebook , whatApp , jika rindu jugak boleh buat video call seperti wechat , Skype dan macam-macam lagi lah teknologi sekarang ni  . So keraplah berhubung kerana ia tidak akan membuatkan anda rasa kesunyian dan kerinduan .

Seterusnya doa , kepada yang belum kawin berdoalah supaya hubungan anda berkekalan hingga ke jinjang pelamin seperti yang diidamkan walaupun berjauhan. Namun, jika takdir tidak menyebelahi, terima ia sebagai takdir Tuhan untuk memberi petunjuk yang ada yang lebih baik dari si dia. Manakala yang sudah berkahwin pula, semestinya anda perlu kekal berdoa agar si dia yang jauh sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan yang sudah sah itu bahagia berkekalan hingga ke syurga.


Tips yang terakhir dalam hubungan jarak jauh ialah beri kejutan kepada pasangan.  Tidak salah untuk anda yang duduk berjauhan untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan hadiah kepada orang yang disayang. Apabila berjauhan itu, mungkin anda ingin kirimkan tanda sayang dan rindu kepada si dia agar kekal ingat kepada anda dengan membuat penghantaran bunga, hadiah atau sebagainya yang buat hubungan anda romantis dengan si dia.