AKU TANYA APA KHABAR.....SEMUA?

Sunday, March 8, 2015

CINTA YANG PENTING


ALLAH S.W.T. & Nabi Muhammad S.A.W
- Cinta adalah fitrah hati 
Lahir tanpa dipinta dan dipaksa
 Namun Tuhan sentiasa menguji 
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya
 Cintailah yang di hati Itu cinta hakiki yang murni 
Jangan cinta hanya nafsu Itu cinta palsu yang melulu
 Betapa bahagianya cintakan Tuhan
 Bagai bunga yang mewangi kehidupan
 Tiada waktu dan jarak memisah
 Kembara rasa tak bernoktah
 Betapa derita korban percintaan
 Bila nafsu menjadi taruhan 
Jiwa gelisah bila terpisah 
Asyik bertemu jemu bertamu 
Cintailah sesiapa sahaja 
 Asal wadahnya cinta ALLAH 
Jauh terhubung rindu
 Dekat terikat padu 






IBU BAPA
-Seterusnya mencintai kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita dari kita kecil hingga ke besar . Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan terbalas .Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan. 


No comments:

Post a Comment